4.12.13

Tips Perkahwinan : LIMA bulan sebelum perkahwinan

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

1] Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)

2] Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)

3] Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.

4] Membeli cincin kahwin.

5] Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.

6] Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput.

7] Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ. (jika perlu)

8] Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.

9] Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.





















 

"aku berusaha merancang hari-hari mendatang indah bersamamu, namun Sesunguhnya sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan dari Allah SWT"..

My Beloved Frienzz