Salah satu medium menjemput tetamu dengan secara hormat adalah dengan kad kahwin.
Tujuan disyorkan menempah kad lebih awal supaya anda dapat menjemput tetamu lebih awal dan mereka dapat simpan tarikh tersebut untuk hadir kelak.
Anda pun sudah tentu berharap kawan2 rapat, saudara mara terdekat hadir ke majlis bersejarah nanti. Dari situ kemesraan dan kasih sayang bertambah erat.
Justeru, tempahlah kad kahwin selewat-lewatnya 2 bulan sebelum majlis.
Tempoh ini sesuai kerana kebiasaan dalam 3 minggu pertama ia termasuk tempoh untuk siapkan design, printing, dan penghantaran.
selebihnya bertujuan proses menjemput tetamu, follow up tetamu, dan lain-lain.
Apabila anda dapat menjemput lebih awal, anda dapat fokus kepada tugasan-tugasan lain yang belum diselesaikan lagi.