30.4.14

NASI DAGING UTARA

MARVELESSS pekena nasik daging tengahri rembang nie....
 daging cicah air asam pulak tue.. terangkat aihhh....


NASI DAGING UTARA
Bahan:
1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan Beras biasa/ beras basthmati....basuh bersih dan toskan
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan]
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
2 sudu besar kismis
3 helai daun pandan ..disimpulkan
garam & gula secukup rasa 


Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buag pelaga
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih [mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]

Cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker di atas api yang kecil
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendidih.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.

Bahan- Bahan Air Asam
4 biji tomato ( size sederhana)
10 cili padi
10 cili besar
2 biji bawang besar
2 inci belacan
1 sudu sos temato
1 sudu susu pekat
sedikit garam

CARANYA
1. Hiris halus bawang besar, tomato dan cili besar.
2. Tumbuk cili padi , cili besar dan belacan ( macam nak buat sambal belacan )
3. Masukkan bawang besar, tomata dan cili besar yang telah dihiris tadi ke dalam besan.
4. Tumbuk bahan-bahan tadi sehingga menjadi separa lebam.
5. Kemudian, masuk sambal belacan dan gaulkan bersama-sama bahan yang ditumbuk.
6. Masukkan sos tomata , susu pekat dan juga garam secukup rasa.
7. Gaulkan sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan bersama nasi daging

nak lebih resepi masakan oqang utara... boleh belek kat sini naihh....
babai......

29.4.14

Lovely Cake

Selamat Pagi Dunia

Ann nak share 1 resepi cheeeeeese cake coklat..

Jangan tanya apa2 sbb Ann pun x try lg.. hegeh2.....
more resepi klik  sini


RESEPI KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

(Loyang 8x8x3)
BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur gread A
1 sudu besar air - susu cair
1 sk jus lemon
1 sudu besar tpng gandum - Hong Kong
Cara-cara
Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air, jus lemon dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.


BAHAN B (KEK)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko* (lina pg gn 1/2 cawan)
1 sudu kecil baking soda* (lina pg gn 1/2 sk)
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)


Cara-cara
Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas,susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK
1.Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
2.Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
3.Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
4.Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
5.Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan..dan sedialah makan dgn rasa bangganye..hehe


Nota untuk diri sendiri: ganache Coklat Moist
Utk choc ganache:
150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas/susu cair
1 sudu besar butter

Cara-Cara
1. Potong kecil-kecilan coklat masakan
2. kaedah double boil - masukan coklat masakan + susu pekat-air
3. kacau smpai sebati..
3. tutup api masukan butter... larutkan sempurna

tuang atas kek....
sejukkan dlm peti ais
makan bila sejuk...

wawwww!!!...

"aku berusaha merancang hari-hari mendatang indah bersamamu, namun Sesunguhnya sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan dari Allah SWT"..

My Beloved Frienzz

Google+ Followers