LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
1] Berbincang hal-ehwal perkahwinan bersama kedua ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
2] Menentukan belanjawan yang akan dibelanjakan sepanjang proses persiapan majlis perkahwinan.
3] Menetapkan konsep majlis perkahwinan yang anda inginkan.
4] Mencari rujukan berkaitan persiapan majlis sama ada dari internet, majalah-majalah perkahwinan, atau pun bertanya kepada kenalan yang sudah melansungkan
majlis perkahwinan. Dengan ini, anda dapat membuat perbandingan dan memilih mengikut kesesuaian dan kemampuan.
5] Memilih baju pengantin mengikut konsep perkahwinan yang suddah dipersetujui. Pastikan busana dipilih selesai dipakai dalam apa situasi (persandingan, fotografi, dan lain-lain).
6] Menempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
7] Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
8] Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
9] Bagi pengantin lelaki, semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, dan lain-lain hantaran.