6.11.13

Permohonan Nikah

Assalamualaikummm.
Borang nikah dah pun selamat diambil di Pejabat Agama Kepala Batas pagi tadi...
Tempat kosong pun dah selamat diisi..
skrg tengah cari masa nak buat ujian HIV test pula...

PERKAHWINAN



Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya diredhai Allah. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, keindahan hidup tidak dapat dikecapi sebaiknya. Kerana itu perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebaliknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram. Allah swt. telah berfirman dalam Surah Ar-Rum: ayat 21 yang bermaksud:


"Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu."



Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat kepada setiap individu. Setiap pasangan yang ingin mencapai kebahagian perlu mengetahui matlamat sebenar perkahwinan yang mereka bina. Tanpa matlamat yang jelas, sesuatu perkahwinan itu tidak dapat dibentuk dan diarahkan dengan baik dan akhirnya akan mengakibatkan kehancuran. Justeru untuk menjaga agar perkahwinan di kalangan umat Islam di Pulau Pinang dilaksanakan mengikut hukum syarak, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah membuat beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh individu yang ingin berumahtangga.

PROSEDUR PERMOHONAN

PERATURAN AM
  1. Pemohon lelaki sekurang-kurangnya 18 tahun dan pemohon perempuan 16 tahun. Pemohon yang berumur kurang dari umur yang ditetapkan perlu mendapatkan Surat Rujukan dari Pejabat Agama Daerah untuk mendapatkan proses kebenaran daripada Mahkamah Syariah. 
  2. Borang permohonan boleh diisi seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 14 hari bagi warganegara Malaysia dan 21 hari untuk warganegara asing sebelum tarikh akad nikah. 
  3. Pemohon hendaklah seorang yang bermastautin di dalam negeri Pulau Pinang serta beralamat Pulau Pinang di dalam kad pengenalan. 
  4. Permohonan yang dibuat secara online hanya akan diproses apabila pemohon melaksanakan proses-proses seperti di dalam tatacara permohonan berikut :-

TATACARA PERMOHONAN

  • Pemohon hendaklah mengisi borang online dengan lengkap.
  • Pemohon hendaklah mencetak borang yang telah lengkap diisi.
  • Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan saksi di dalam borang yang dicetak.Borang yang telah dicetak hendaklah dikemukakan oleh pemohon atau wakil yang dinamakan. Pemohon perlu hadir sendiri ke Pejabat Agama Daerah berkaitan untuk temuduga selewat-lewatnya 14 hari bagi warganegara Malaysia dan 21 hari untuk warganegara asing sebelum tarikh akad nikah bersama-sama dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan seperti berikut :-
  • Satu salinan kad pengenalan untuk warganegara.
  • Satu salinan passport pemohon, pasangan dan wali bagi perempuan jika bukan warganegara Malaysia.
  • Surat Perakuan Nikah ibu bapa asal dan satu salinan untuk pemohon perempuan sahaja.
  • Sijil Kursus Pra Perkahwinan dan satu salinan.
  • Borang Ujian Saringan HIV.
  • Surat Perakuan Perceraian asal dan satu salinan jika pemohon duda atau janda.
  • Salinan kenyataan memeluk Islam jika pemohon memeluk Islam.
  • Kelulusan daripada KAGAT/PDRM jika pemohon adalah anggota tentera/Polis.
  • Borang wakalah wali jika perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah.
  • Salinan Sijil Kematian jika pasangan atau wali (bapa) meninggal dunia.
  • Surat pengesahan pemastautinan pemohon.
  • Surat kelulusan berkahwin daripada kedutaan dan Jabatan Imigresen bagi pemohon bukan warganegara
***Semua salinan hendaklah disahkan.




Ujian Saringan HIV

  • Dapatkan Borang Laporan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin (Borang HIV) di Pejabat Agama Daerah berdekatan. Borang adalah percuma.
  • Ujian Saringan HIV hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja.Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menjalani Ujian Saringan HIV.
  • Kemukakan sampul yang berisi Borang HIV bersama borang Permohonan Untuk Berkahwin kepada Pejabat Agama Daerah berkenaan.
  • Tempoh sah laku Ujian Saringan HIV adalah selama 6 bulan.




Pejam dan celik.. makan dan tido... lagi 2 bulan  1 minggu 5 hari lagi :)...
kejapnya masa berlalu...

ok.. bye..


"aku berusaha merancang hari-hari mendatang indah bersamamu, namun Sesunguhnya sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan dari Allah SWT"..

My Beloved Frienzz