29.4.14

Lovely Cake

Selamat Pagi Dunia

Ann nak share 1 resepi cheeeeeese cake coklat..

Jangan tanya apa2 sbb Ann pun x try lg.. hegeh2.....
more resepi klik  sini


RESEPI KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

(Loyang 8x8x3)
BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur gread A
1 sudu besar air - susu cair
1 sk jus lemon
1 sudu besar tpng gandum - Hong Kong
Cara-cara
Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air, jus lemon dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.


BAHAN B (KEK)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko* (lina pg gn 1/2 cawan)
1 sudu kecil baking soda* (lina pg gn 1/2 sk)
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)


Cara-cara
Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas,susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK
1.Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
2.Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
3.Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
4.Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
5.Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan..dan sedialah makan dgn rasa bangganye..hehe


Nota untuk diri sendiri: ganache Coklat Moist
Utk choc ganache:
150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas/susu cair
1 sudu besar butter

Cara-Cara
1. Potong kecil-kecilan coklat masakan
2. kaedah double boil - masukan coklat masakan + susu pekat-air
3. kacau smpai sebati..
3. tutup api masukan butter... larutkan sempurna

tuang atas kek....
sejukkan dlm peti ais
makan bila sejuk...

wawwww!!!...

20.2.14

Ohhh PJJ

oHHH... Tak sangup rasanya nak buat PJJ... hehehhe
PJJ (PERHUBUNGAN JARAK JAUH)
Tak sukanya.. kena PJJ dengan suami... 
Suami di Ipoh Aku di Penang...

Realy Miss Him

Sekarang matlamat nak cari kerja dekat dengan suami.. tak kira la kerja apa pun.,,, kalau ada sapa2 nak ofer kerja pun boleh...mesti area Sri Iskandar... ahehhehe... 

Motif : saya rindu awak... tu jer.,....
:) Lumut!!!!

Alhamdulillah...

Alhamdulillah.. semuanya telah selesai.. sebulan lebih sudah diri ini bergelar isteri kepada Nor Izwan..
Ramai yang bertanya macam mana perkenalan kami bermula.. jawapannya dari zaman sekolah lagi...


Terkejut.. yap ramai yang terkejut... 9 tahun berkenalan 2014 baru kami di satukan.. Jodoh Itu Milik Allah...semuanya telah tertulis dan tersurat mengikut peraturan Allah...

Hanya lafaz Syukur yang mampu kami lafazkan,, atas jodoh yang ditetapkan ini...


Majlis Meraikan Pengantin sebelah perempuan ( pihak saya ) pada Sabtu 01/02/2014
Terima Kasih kepada Mkcik, Pkcik Bapak Sedara.. mereka adalah tulang belakang kepada majlis saya.. semuanya mereka yang uruskan.. Ann hanya uruskan doorgift dan kueh muih saja...
2 ekor kerbau selamat di masak untuk jamuan kepada tetamu... 

Sekitar Majlis di Rumah Pengantin Perempuan (Penaga)








Majlis Sambut Menantu Yan Kedah, Ahad 2/2/2014

Majlis Sambut Menantu di Yan Kedah.. 
Famili Ann dengan rombongan 6 Buah Kereta mengiringi Pengantin... 
Pengantin di sambut dengan Paluan Kompang dan Bacaan dari Dj... 

Alhamdulillah kali kedua Ann jejak kaki kerumah En. Suami walaupun dah Kawan hampir 9 Tahun ...
Sebab dia Tak penah kenalkan Ann dengan Famili dia.. mungkin masa tu tak bersedia lagi kot kan.. huhuu...

story sikit.. First Ann jejak kaki di rumah Yan masa tu Bulan 7.. 1/7/2013 kali pertama Ann bertemu emapat mata bertentang dengan Mak Mertua Ann.. hehhe.. takut pun ada.. first time...

Next ... Raya ke tiga masa tu.. Rombongan raya + merisik+menegok (org bahasa Penang) .. huhuhu...
Lepas tu.. semingu dari tu pulak Majlis Bertunang pun berlangsung pada 16/9/2013...

DI tunangkan selama 4 bulan lebih kurang kami di Ijab Kabulkan pada 4/1/2014...

dan Walimah pada bulan 2 sEMPENA cUTI tAHUN bARU cINA....








 

Saya & Dia Adalah Suami Isteri :)

"aku berusaha merancang hari-hari mendatang indah bersamamu, namun Sesunguhnya sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan dari Allah SWT"..

My Beloved Frienzz