16.6.14

Assalamualaikum..

Seronok jugak jadi surirumah.. hehehhe... dah lama idamkan nak tengok suami pergi kerja pagi2, salam, cium tangan.. hari2 fikir nak masak apa untuk suami... Alhamdulillah, tercapai jugak impian itu,,, hehhehe...

27.5.14

Coretan Untuk Kita: Onn

Assalamualaikum...

Pertama sekali.. AL-FATIHAH dan doa semoga arwah abgku berada di samping orang-orang yang beriman dan di kasihi Allah S.W.T...

Siapa menduga di awal 27 tahun abg meninggalkan kami sekeluarga. Walaupun hampir 2 bulan 10 hari arwah di hospital kami sekeluarga yakin dan selalu berdoa abg akan sembuh dari segala penyakit dan pulang ke rumah seperti selalu.

1/3/2014
Hari pertama abg di masukkan ke hospital. Kejadian lewat petang. Kebetulan tok naik ke bilik abg untuk ajak makan. Tok lihat abg dah terbaring di bawah. Tidak sedarkan diri. Dengan keadaan yang kelam kabut suara tok memanggil Wa  dapat di dengar oleh jiran. Dengan bantuan jiran abg di bawa ke hospital Kepala Batas.

Dihospital. abg terus diberi dibawa ke ICU Sementara. Keadaan abg sangat mengejutkan. Dengan keadaan yang separuh sedar dan seakan sesak nafas. Emak berada di samping abg masa tu.. Terkejut Mak melihat keadaan abg masa tu, sebab abg tinggal bersama tok termasuklah saya..

Lewat malam...lebih kurang jam 10.00 malam abg di masukan ke wad ICU. Aku dibenarkan masuk melihat abg. Ya Allah, ini kah abg ku, sayu hati melihat keadaannya. wayar bersirat di badan.. nafas masih sama masih sesak. Sempat aku bertanya kepada doktor " Doktor abg saya penat ke?" Doktor kata " Itu bukan penat, tapi toksik dalam badan menggangu penafasannya".

Emak masih menunggu abg di hospital. Emak tak sangup nak meninggalkan abg di hospital. 

Setiap hari aku melawat abg di hospital. Walaupun berat mata memandang, sakit dan seksa lagi bagi abg untuk melawan penyakitnya.

Setiap hari tok, pksu, cikdah, cikmat semuanyalah pasti mengalir air mata melihat keadaan abg. Dia orang harapan keluarga, 'driver' kami ke mana sahaja kami hendak pergi. Dia tidak bekerja, entah kenapa mungkin dia hendak berbakti kepada keluarga.

Dia abg ku. kawan ku, pendengar setiap masalah dan cerita ku, peneman setiaku. di mana dia pasti ada aku.. kerana aku adiknya. Kami berdua tinggal bersama tok, kami berdua paling rapat antara 5 adik yang lain. Mungkin juga sebab muka kami seiras (org kata).

Hilang seri rumah bila abg tiada di rumah. Hilang peneman berbualku bila kami sama-sama menonton tv. Hilang tukang masak yang suka masak Meggie untuk aku.. Semua tu buat aku rindu....

6/3/2014
Sewaktu di tempat kerja, Mak telefon .. Mak kata abg dah sedar. Alhamdulillah, abg sedar... Abg dah boleh di pindahkan ke wad biasa.. Tak sabar nak p hospital.. Memang selalu lepas balik kerja aku akan ke hospital (Tak miss langsung). Sebab hospital dekat jer dengan tempat kerja...

Ok, kadang-kadang dia demam.. Aku setia menjadi pembeli 'cool fever' untuk abg.. dan juga pampers abg...

Keadaan abg bertambah baik. Kami semua dah tak sabar nak bawak abg balik kerumah walaupun masa tu kami dah tahu abg ada penyakit buah pinggang.

Terkilan, ya sangat terkilan. abg dah lama mengidap penyakit buah pinggang. mengikut pemeriksaan doktor, buah pinggang abg dah lama sakit. dan keadaan semakin teruk. Dia RAHSIA kan daripada kami. Malah surat doktor pun masih di simpan sehingga kini. Kenapa hg buat macm ni..

Hari-hari abg perlu cuci buah pinggang. Atas nasihat beberapa pihak, emak membuat permohonan dari beberapa badan bantuan dan kebajikan untuk meminta bantuan khas untuk penyakit abg. Antaranya memohon untuk bantuan mencuci buah pinggang, kerusi roda dan katil boleh laras. Aku lah tukang karang surat dan isi borang. Emak yakin abg boleh sembuh. Doa ibu...

Abg semakin baik.. dia dah boleh duduk.. tapi hanya suara tidak jelas.. Abg cakap dia bosan di hospital.. dia dah sedar sepenuhnya.. Bosan erkk.. ok.. Aku belikan dia telefon baru.. yang biasa-biasa saja.. boleh sms dgr radio dia kata..sekali dgn nombor baru.. sebelum abg masuk hospital semua telefon dia rosak, termasuk sim card nya.. hmmmm....

Abg hantar mesej.. "aku bosan , mak balik sat, hg x rehat ka.. ok.. aku faham dia suh aku p kat dia la tuhhhh" aku balas "petang nie aku p.. nak apa2 tak"... abg balas " beli anggur". aku "ok"

Petang tu aku beli anggur pastu tok pula bawak betik.. Seronok tengok dia makan... masa ini dia dah boleh duduk .. tapi kalau makan bubur kena suap lagi sebab tangan abg tak kuat lagi....

Bila hari abg kena cuci buah pinggang mesti keadaan dia letih dan tak bermaya.. kesian tengok abg.. terbaring saja...

18/3/2014
Mak telefon suruh beli pampers sebab abg banyak kali salin pampers. ada darah keluar dari dubur dia.. Aku bantu mak tukar pampers abg... mak merungut, sbb mak dah banyak kali bagi tahu doktor darah banyak keluar dari dubur abg, tapi doktor kata semua itu biasa... cuci darah doktor kata... mak tak puas hati, mak terus tunjuk pada nurse darah-darah yang keluar petang tu.. memang banyak.. penuh dlm pampers dewasa...

Aku tanya abg... tak sakit ka..dia kata tak sambil tersenyum...

Esoknya, abg terus di bawa ke Hospital Seberang Jaya... Di sini ada pakar yang akan memantau keadaan abg...

19/3/2014
Pemeriksaan dan scan di jalankan.... beberapa hari kemudiaan, doktor sah kan ada ketumbuhan pada usus abg .. itu yang membuatkan darah keluar..

Ya Allah.... barah usus pula ada pada abg.... selera makan sebelum ini terus hilang... hanya susu dan air sahaja yang mampu masuk ke badan abg....

Emak masih menunggu abg. Tidak pulang ke rumah.. tugas menghantar adik ke sekolah menjadi tangguungjawab aku...

Di hospital Seberang Jaya, pelbagai rawatan dan pemeriksaan di jalankan ke atas abg.. Doktor meminta untuk mengambil air sumsum tulang untuk membuat kajian... Berat hati kami sekeluarga untuk memberi keizinan kepada doktor.. kami sekeluarga berbincang lagi.. bertanya pendapat kepada orang lain juga... Ada yang menyokong.. ada yang kata tidak....

Mereka yang menyokong berpendapat abg masih muda.. dia masih kuat... In Sya Allah abg boleh sembuh.. Kata sepakat di putus kan.. keizinan diberi...

Selesai pembedahan mengambil air sumsum tulang, Doktor menemui kuman di situ.. Setelah dari itu, abg tidak demam sekerap yang dulu lagi.. Lega kami semua...

Dari mana datang kuman tersebut??? Doktor syak abg terkena kencing tikus... Ya Allah.... ada lagi penyakit abg... Peritnya hanya dia yang rasa... Allah....

Semasa abg di sini.. aku tak dapat  melawatnya setiap hari.. sebab jauh... Bila tiba hujung minggu baru ada kesempatan melawat abg...

Lama kelamaan muka abg semakin gelap... org kata sebab ubat.. ada yg kata sebab buah pinggang...

Abg kritikal kembali....
Perubatan tradisional dan amalan air bacaan yasin dan air zam zam tidak kami lupakan.. abg diberi minum air zam-zam setiap hari.. semoga air zam zam dan air bacaan yassin dapat memberi kekuatan kepada abg...

Doktor terpaksa tebuk leher abg... segala kahak yang tersekat di sedut melalui tengkuk abg... seksanya abg menahan sakitnya...

Keadaan abg yang kritikal aku sampaikan kepada kawan-kawan abg.. mereka datang melwat abg di hospital.. kata mak mereka terkejut melihat keadaan abg... kawan sama-sama belajar tiba-tiba sakit seperti ini... mereka menangis kata mak, mak juga menangis... aku??? sama seperti mereka... dia abg ku.. cubit peha kira, peha kanan turut terasa.....

12/5/2014
Pagi itu, aku dikejutkan lebih kurang pukul 4.45pg.... nurse telefon... abg dlm keadaan tidak elok.. kata nurse.. kalau boleh dtg ke hospital sekarang... bacakan yassin...Masa itu suami masih dirumah.. kebetulan dia cuti.. kami segera ke hospital ... Tok bersama paksu, mirul (sepupu) dan adik2 pergi sebuah kereta.. aku, makcik dan suami kami sebuah kereta... sampai di sana aku lihat mak sudah basah dengan air mata...

kami bacakan yasin... dari kami sampai hingga ke subuh... sampai jam 7.00 pagi... nurse telah bertukar shift.. mungkin rasa serabut dan kurang senang kami berada di dalam wad bukan pada masa melawat.. mereka meminta kami bacakan yasin dari luar sahaja... Allah.. tak sanggup nak tinggal abg... Cikdah sempat berkata pada mak... Mohon mak halalkan susu dan ampunkan segala dosa-dosa abg.. Allah ,, lain sangat aku rasa masa tu... Mak bisik di telingga abg... " Onn mak halalkan susu mak selama ini, mak ampunkan dosa Onn".. Aku mengalir air mata... Mak juga menangis... "Onn aku keluar dulu ya"....

Kami tunggu di luar ... Tok, Cikdah masih ada di hospital.. Aku dan Cikdah pulang dahulu.. sebab Mirul hendak pergi kerja,...

Kami sampai dirumah.. keadaan rumah dah bersih... rumput-rumput yang memanjang dah di potong... Cikmat dah bersihkan segala dirumah...dia dah dapat rasakan sesuatu agaknya... Allah....

Tok dan paksu tak balik ... Mereka nak tunggu sampai waktu melawat tengahari nak masuk melihat keadaan abg...

Setelah hantar cikdah dan mirul, suami ajak pulang ke Yan, Kedah. Nak ambil mak mertua ku.. dia dah banyak kali bersuara teringgin nak melawat abg...

Sampai di sana... telefon aku tak putus-putus berdering.... Mak kata doktor kata semua organ abg dah tiada tindak balas dengan ubat dan air pun dah tak diterima oleh badan abg... Allah...
Kalau dah begitu, mak minta nak bawa abg balik kerumah sahaja.. mungkin dah sampai masa...
Tapi doktor tak berapa setuju... setelah balik nanti alat penafasan abg terpaksa di cabut... bagaimana abg hendak bernafas nanti...

perbincangan berlaku, paksu telefon, minta pendapat aku.. macam mana?? Nak bawak balik Onn tak?? aku cakap.. Ann ikut sahaja.. kalau itu yang terbaik.......

Dalam perjalananke hospital aku bersama suami dan emak mertuaku...
hari yang sama Isnin, 12/5/2013

Emak telefon... mak kata abg dah taida ..... Allah... tersenyap terkedu tak mampu nak kata apa-apa pada mak... mak terus letakkan telefon... aku terdiam sekejap.. suami di sebelah dah dpt mengagak rasanya... hanya perkataan sabar sayang yang keluar dari mulut suami..

Abg dah tak dak.... perkataan itu keluar bersama air mata... Allah.... Abg menghembus nafasnya yang terakhir pada jam 3.25ptg...

Berita tentang abg aku sampaikan kepada kawan-kawannya... kawan yang paling rapat dengan abg... kepada sepupuku Nini.... Nini, Onn dah tak dak.... dia juga terkedu sepeti aku tadi....

Sampai di rumah mckik.... makcik nampak sayu saja.. tapi makcik tak pandai tunjuk sedeh .. tapi pakcik sebaliknya.. Kami kemas rumah, sediakan tempat katil untuk abg...

Jenazah abg sampai dirumah lebih kurang 6.45ptg... Mak menemani abg di dalam Van jenazah... Sayu .....
sayu melihat van jenazah membawa abg.. dari jauh.. adikku  mat not... dah sedia dengan payung... untuk memayungi jenazah abg.. hujan renyai2 waktu itu...

Allah... dah banyak kali mak kata abg minta nak balik... Akhirnya abg balik juga kerumah...
Sampai dirumah mak terus terduduk... sedeh melihat jenazah... jiran-jiran dah ramai menanti jenazah... Malam beransur kelam... Tok minta kami temankan jenazah.. bacakan yasin dan duduk di sisi jenazah... Kami gilir-gilir bacakan yasin untuk jenazah... Gilir-gilir aku dan Nini siapkan diri dan  menemani abg... Selepas Magrib.. Mereka tetapkan.. abg akan di kebumi kan pada hari esoknya.. Selasa, Jam 10.00 pagi...

Orang kampung, rakan-rakan abg datang menziarahi jenazah abg.. ada yang aku kenal.. ada yang tidak.. aku setia disisi abg..

Malam semakin larut.. tok, mak, makcik dan semua kelihatan letih.. Ya lahh dari pada pukul 5.00pg dah bangun makan entah kemana tidur lagi lah.. kasihan atok...

Aku masih setia disisi abg.. tak terlelap mata nie... Malam itu, malam terakhir abg dirumah.. biarlah aku temaninya.. setia disisi dengan bacaan yassin.. sekejap terbehenti.. Aku sambung semula...
Aku lihat wajah abg.. seperti org tidur dengan lena... Allah....

Sepupuku Zuraidah dah suami dan anak serta Nain sampai... Sekejap selepas itu diikuti Tok Sedara dari KL.. Tok Jang sekeluarga... Maka terjagalah semua sehingga ke subuh....

Lebih kurang 6.30pg... orang yang tugaskan memandikan jenazah tiba... dia menyiapkan segala yang perlu untuk memandikan jenazah abg...

Awal jenazah abg di mandikan... segalanya lancar dan tiada halangan... Alhamdulillah...Kami para waris diberi peluang untuk memandikan jenazah... adikku yang paling bongsu Ainaa tak mahu memandikan jenazah abg, tak reti katanya... Bila lg adik.. ini sahaja waktu yang kita ada bersama dengan abg...Aku  pegang tangan Ainaa.. Sebelah tangan lagi aku paip air...aku arahkan  Adik pegang muka Onn, Adik pegang tangan Onn, Adik pegang kaki Onn dua-dua belah... Selesai... Aku tak mampu nak melihat lagi.. Aku sorok belakang Amri, adikku...

Selesai jenazah abg di mandikan... tibalah... memberikan kucupan terakhir, Allah... Aku bisik pada Aina dan Mimi adikku.. lap air mata sampai kering... jangan bagi kena Onn... Laju mereka mengelap air mata.. seorang demi seorang keluarga mengucup dahi abg untuk kali yang terakhir... Sampai giliran aku... aku bisikan pada telingga abg.. "Selamat jalan Onn, sampaikan salam aku pada ayah dah tokwan" Ku kucup dahinya.. buat kali pertama dan terakhir...

Ku iringgi jenazah abg sehingga ke kubur... 11.00 pagi.. Alhamdulillah semuanya dah selesai.. air mawar tok jiruskan di pusara abg.. cucu pertamanya... cuci kesayangannya... cucu harapannya.....

Alhamdullilah... Jenazah abg selamat diuruskan tanpa sebarang halangan ....



abgku

gambar nie semasa majlis aku di rumah pihak lelaki... 2/2/2014... sebulan sebelum arwah di masukan ke hospital...



Terima Kasih Mak jagakan Onn sepanjang Onn di Hospital,
Terima Kasih Suami ku Setia disisi ku sewaktu saat itu,
Terima Kasih Cik Dah Cikmat, Izinkan Onn berada di rumah Cikmat Cikdah sebentar,
Terima Kasih Tok, tak putus tok mencuba pelbagai cara merawat Onn, sampaikan tok terpaksa keluar malam pergi berubat untuk Onn...
Terima kasih Sepupu2 ku sekalian.. Korang banyak memberi semangat dan keprihatinan korang pada Onn...
Terima Kasih Wa, Paksu, Mat Not, Amri, Asri...

Terima Kasih Onn,, atas amanah menjadi wali di hari nikah aku....segalanya.. sehingga majlis perkahwinan aku selesai...

Al- Fatihah







30.4.14

NASI DAGING UTARA

MARVELESSS pekena nasik daging tengahri rembang nie....
 daging cicah air asam pulak tue.. terangkat aihhh....


NASI DAGING UTARA
Bahan:
1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan Beras biasa/ beras basthmati....basuh bersih dan toskan
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan]
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
2 sudu besar kismis
3 helai daun pandan ..disimpulkan
garam & gula secukup rasa 


Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buag pelaga
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih [mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]

Cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker di atas api yang kecil
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendidih.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.

Bahan- Bahan Air Asam
4 biji tomato ( size sederhana)
10 cili padi
10 cili besar
2 biji bawang besar
2 inci belacan
1 sudu sos temato
1 sudu susu pekat
sedikit garam

CARANYA
1. Hiris halus bawang besar, tomato dan cili besar.
2. Tumbuk cili padi , cili besar dan belacan ( macam nak buat sambal belacan )
3. Masukkan bawang besar, tomata dan cili besar yang telah dihiris tadi ke dalam besan.
4. Tumbuk bahan-bahan tadi sehingga menjadi separa lebam.
5. Kemudian, masuk sambal belacan dan gaulkan bersama-sama bahan yang ditumbuk.
6. Masukkan sos tomata , susu pekat dan juga garam secukup rasa.
7. Gaulkan sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan bersama nasi daging

nak lebih resepi masakan oqang utara... boleh belek kat sini naihh....
babai......

29.4.14

Lovely Cake

Selamat Pagi Dunia

Ann nak share 1 resepi cheeeeeese cake coklat..

Jangan tanya apa2 sbb Ann pun x try lg.. hegeh2.....
more resepi klik  sini


RESEPI KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

(Loyang 8x8x3)
BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur gread A
1 sudu besar air - susu cair
1 sk jus lemon
1 sudu besar tpng gandum - Hong Kong
Cara-cara
Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air, jus lemon dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.


BAHAN B (KEK)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko* (lina pg gn 1/2 cawan)
1 sudu kecil baking soda* (lina pg gn 1/2 sk)
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)


Cara-cara
Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas,susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK
1.Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
2.Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
3.Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
4.Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
5.Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan..dan sedialah makan dgn rasa bangganye..hehe


Nota untuk diri sendiri: ganache Coklat Moist
Utk choc ganache:
150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas/susu cair
1 sudu besar butter

Cara-Cara
1. Potong kecil-kecilan coklat masakan
2. kaedah double boil - masukan coklat masakan + susu pekat-air
3. kacau smpai sebati..
3. tutup api masukan butter... larutkan sempurna

tuang atas kek....
sejukkan dlm peti ais
makan bila sejuk...

wawwww!!!...

25.2.14

Honeymoon Sabah Negeri Di Bawah Bayu



Awal lg En. Hubby dah ada plan nak lawat Sabah.. Boleh pulak nak pegi tak ajak kita.. huhuu...
antara sebab beliau tak ajak ialah sebab masa tu kami tak ada apa-apa ikatan lagi.. hehehhe...

atas sebab perkara yang tidak dapat di elakkan... tarikh sepatutunya En, Hubby pergi sabah terpaksa di tangguhkan...

 Alhamdullillah rezeki... tarikhnya telah bertukar ke 14/2/2014... Secara Am nya masa tu Ann sememangnya sudah berstatus isteri kepada En. Izwan.. jadi dapatla Ann ikut...

Anggap jer la pegi tu sebagai Honeymonn.. ye tak...

13/2/2014 : berangkat dari Terminal Bas Butterworth menuju ke Terminal Amanjaya Ipoh...Bermalam di kuarters suami semalam....

14/2/2014 : Pukul 6.15 bergerak dari Sri Iskandar ke Terminal Amanjaya ... kami akan menaiki bas ke LCCT Kl... Bas 7.30 pg sampai di LCCT pukul 11.30 pagi... terus masuk ke departure... Flight Air Asia pukul 12.05 tghari...

Selfie dulu dgn En. Hubby
Penerbangan berlepas dalam pukul 1 tgahri.. first time jejak kaki dalam kapal terbang... keadaan panas sangat masa tu.. 
En.Hubby ngidam nak makan dalam Kapal Terbang
En. Hubby teringin katanya nak rasa makanan dalam kapal terbang ... RM12 untuk sepinggan mee goreng mamak... Yang nampak tangan jer tu kawan En. Hubby..

Perjalanan dari LCCT kL ke International Kota Kinabalu Airport mengambil masa selama 2 jam 30 minit sahaja...sekejap saja kan.. tapi alahaii boringnya dalam Flight nie... tengok sebelah En. Hubby dah mula melabuhkan kepala nya di bahu ku.. tidooo dahhh... 
terkial-kial seorang diri.. akhirnya bukak Tab main game la jawabnya....

Lebih Kurang pukul 4 ptg kami keluar dari airport.. Lewatnya sebab kena daftar masuk Sabah.... 
2 buah kereta sewa Viva siap menunggu kami.. 
 
DESTINASI 1 di SABAH : ALAMESRA
Makan dulu di Alamesra... restoran Ayam Penyet... 



20.2.14

Ohhh PJJ

oHHH... Tak sangup rasanya nak buat PJJ... hehehhe
PJJ (PERHUBUNGAN JARAK JAUH)
Tak sukanya.. kena PJJ dengan suami... 
Suami di Ipoh Aku di Penang...

Realy Miss Him

Sekarang matlamat nak cari kerja dekat dengan suami.. tak kira la kerja apa pun.,,, kalau ada sapa2 nak ofer kerja pun boleh...mesti area Sri Iskandar... ahehhehe... 

Motif : saya rindu awak... tu jer.,....
:) Lumut!!!!

Alhamdulillah...

Alhamdulillah.. semuanya telah selesai.. sebulan lebih sudah diri ini bergelar isteri kepada Nor Izwan..
Ramai yang bertanya macam mana perkenalan kami bermula.. jawapannya dari zaman sekolah lagi...


Terkejut.. yap ramai yang terkejut... 9 tahun berkenalan 2014 baru kami di satukan.. Jodoh Itu Milik Allah...semuanya telah tertulis dan tersurat mengikut peraturan Allah...

Hanya lafaz Syukur yang mampu kami lafazkan,, atas jodoh yang ditetapkan ini...


Majlis Meraikan Pengantin sebelah perempuan ( pihak saya ) pada Sabtu 01/02/2014
Terima Kasih kepada Mkcik, Pkcik Bapak Sedara.. mereka adalah tulang belakang kepada majlis saya.. semuanya mereka yang uruskan.. Ann hanya uruskan doorgift dan kueh muih saja...
2 ekor kerbau selamat di masak untuk jamuan kepada tetamu... 

Sekitar Majlis di Rumah Pengantin Perempuan (Penaga)








Majlis Sambut Menantu Yan Kedah, Ahad 2/2/2014

Majlis Sambut Menantu di Yan Kedah.. 
Famili Ann dengan rombongan 6 Buah Kereta mengiringi Pengantin... 
Pengantin di sambut dengan Paluan Kompang dan Bacaan dari Dj... 

Alhamdulillah kali kedua Ann jejak kaki kerumah En. Suami walaupun dah Kawan hampir 9 Tahun ...
Sebab dia Tak penah kenalkan Ann dengan Famili dia.. mungkin masa tu tak bersedia lagi kot kan.. huhuu...

story sikit.. First Ann jejak kaki di rumah Yan masa tu Bulan 7.. 1/7/2013 kali pertama Ann bertemu emapat mata bertentang dengan Mak Mertua Ann.. hehhe.. takut pun ada.. first time...

Next ... Raya ke tiga masa tu.. Rombongan raya + merisik+menegok (org bahasa Penang) .. huhuhu...
Lepas tu.. semingu dari tu pulak Majlis Bertunang pun berlangsung pada 16/9/2013...

DI tunangkan selama 4 bulan lebih kurang kami di Ijab Kabulkan pada 4/1/2014...

dan Walimah pada bulan 2 sEMPENA cUTI tAHUN bARU cINA....








 

Saya & Dia Adalah Suami Isteri :)

6.1.14

Saya Dah Jadi Isteri Orang la!!!

Alhamdulillah... 
Majlis pernikahan berjalan dengan lancar... hebatnya suami ku sekali lafaz sahaja (praktis sokmo la tue...)
Majlis yang bermula pukul 12tgahari dan berakhir dalam jam 12.45tgahari...
seriusly.. gementar memang ada... nak senyum tengok kamera pun rasa senyum ni menyengett jer... 

Melihat En. Hubby di hadapan bersama tok kadi dan abang sebagai wali.. terbayang arwah ayah ada di situ sekali..

Dengan di temani rakan-rakan dan sepupu dihari bersejarah ini... sunguhh terharu.. 

Sewaktu lafaz akan di mulai.. keadaan surau sunyi sepi,.,, sebutir-sebutir lafaz En. Hubby Ann dengar dengan jelas (siap ada rakaman dari kak ipar tue) simpan untuk anak cucu insyaAllah.....

My Love Hubby

Dah Boleh Cium Tangan Dah huhuhu....

Senyuman Pertama En. Hubby Selepas Akad Nikah...
Kan dah kata.. senyum pun menyenget

My Bff always wif me

Ok Selesai Sudah...
Sedikit baru..Gambo Ann tak habis kutip lagi dari yang lain-lain.. ini dulu setakat ini...

yang benar.. Pn. Farehan (cewi sekejap)...
"aku berusaha merancang hari-hari mendatang indah bersamamu, namun Sesunguhnya sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan dari Allah SWT"..

My Beloved Frienzz